Wednesday, 24 August 2016

AT LAST, AKHIRNYA..


Assalamualaikum. Alhamdulillah, akhirnya dah selesai untuk tugasan subjek moral dan ICT. Hari ini kami dah siap present blog dan powerpoint moral. Entry ni untuk suka suki je, ingat macam nak kongsikan kami punya hasil kerja je dekat sini sebagai selingan. Hasil kerja untuk tugasan ICT. kami kena buat powerpoint RPH dengan buku interaktif. jeng-jeng.. mohon celikkan mata luas-luas. :D


 nilah hasil kerja kami. yang dah di jadikan buku. dalamnya ada aktiviti-aktiviti yang boleh tahan menariknya. nak tahu apa? scroll-scroll, jangan tak scroll.


 
 



haaa, amacam?  cun tak? hee, dalam ni ada aktiviti teka silang kata, cari perbezaan, suaikan gambar, mewarna, maze dan puzzle. lagi satu, perasan tak buku ni kartun apa? kartun UPIN IPIN haa, pandai, pandai, pandai. hee, apepun, tahniah lah untuk kami sendri sebab dah settle tugasan. jadinya, mohler fokuskan untuk tugasan lain dan ada masa terluang tu bukak-bukak lah buku sebabnya dah tak lama kita nak FINAL..

quote for today:
" you never know your limit, unless you push yourself to them"

coretan:
niaaa.09

Santapan ROhani

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Mulakan hari anda dengan visit blog kami..
Start your beautiful day with smile..
Harap semua sihat-sihat belaka ;)

Ayuh sama-sama kita bersihkan hati selain bersihkan surau.

"KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARI IMAN"

kalau rase surau tu jauh ke atau tak jupa ke, bersihkan je tempat yang paling dekat dengan kita iaitu QALBUN .. ape bende tu.. hati laa awak.

" sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci "


~aingg~

Thursday, 18 August 2016

AL KISAH...

 

Bismillahirahmanirahim. Al kisah tentang kami berlapan, tuan punya tanah nak kongsikan pengalaman kami. pengalaman apa?  Pengalaman kami dalam menyiapkan tugasan moral. Berjayakah kami siapkan tugasan yang diberi? Nantikan coretan kami. Lain orang lain cerita. 




 



Cerita 1

Assalammualaikum semua.

Mungkin saya boleh mulakan cerita ni.
Sejujurnya, perancangan pada akhir waktu tu kadang kalanya baik dan kadang kalanya kurang baik.
Tapi, bak kata 3 Idiots, "ALL IS WELL"!!

Cerita bermula pada pagi Sabtu yang sejuk dek hujan yang membasahi bumi Tanjung Malim.
Syukur masih ada hujan.
Dapat juga meredakan hati-hati setiap insan yang bergelora.
(okay, itu selingan)

Sebelum tibanya hari, kami ada berbincang ke mana tempat yang sesuai untuk kami jalankan aktiviti kebajikan itu.
Salah satu perancangannya ialah pergi ke sebuah rumah yang agak kurang baik keadaannya dari luar.
Mengikut pemerhatian kami ketika bas Kiffah melalui sepanjang jalan menuju ke Hulu Selangor, ada seorang makcik tua yang tinggal di rumah itu.
Dia kadang kala duduk di halaman rumahnya sambil termenung entah apa-apa.

Tapi, malangnya ketika kami sampai di pagi Sabtu itu, tiada siapa yang sudi menjawab salam kami.
Gril pintu rumahnya tidak berkunci.
Pandangan kami tertumpu lebih kepada beberapa longgok buah rambutan atau pulasan (entah, aku tak pasti).
Hmm, mungkin makcik tua tu fikir kami mahu meminta buah itu sebab itu dia tidak muncul walaupun salam telah diberi untuk keberapa kalinya. (hahaha gurau makcik, maaf. Mungkin makcik sedang tidur lena dibuai mimpi).

Lalu dengan kaki yang lemah longlai (cehh! sebab breakfast dengan satu bar chocolate dan air kosong sahaja), kami pun meninggalkan rumah itu dengan rasa hampanya. (hampa sebab tak dapat buat aktiviti kat situ atau hampa sebab tak dapat makan buah? #dihatiinihanyaTuhanyangtahu )

Ada sesiapa yang nak sambung?
Silakan.
Moga berjumpa di lain masa kerana azan Asar sudah berkumandang.
Salam manis

*quotes of the day*
"There are two types of pain in this world. Pain that hurts you. Pain that changes you."
                                                                       
     -si mawar merah-


Cerita 2

Assalamualaikum semua.


Bismillahirahmanirahim. sayalah kot yang akan sambung cerita kami ini. sebagaimana yang kita tahu, kita ni hanya mampu untuk merancang tapi Allah lah yang tentukan segalannya. macam yang berlaku sabtu (13.08.2016), perancangan awal kami memang nak pergi rumah mak cik tu, tapi apakan daya, bukan rezeki nampaknya. jadi lepas dah melangut dekat tempat tunggu bas, pikir punya pikir, akhirnya kami sepakat jelah pergi bersihkan surau. surau mana? surau dalam UPSI je. menapaklah kami berenam ke surau, sebab apa berenam? sebabnya, lagi dua orang naik kereta, iyalah kan idok ler mahu mengangkut penyapu, penyodok, baldi tu beria.hehe..

sampai je dekat surau, nilah hasil tatapan kami 




tak menyempat agaknya nak pergi kelas 

 disebabkan kami ni memang tengah semangat nak buat aktiviti mengemas, jadi apa lagi, kami pun mulakan lah kerja mengemas apa yang patut. 




nampak ke tidak kegigihannya? aik kenapa ada enam saje ni? mana lagi dua orang? 
ke mana?
tunggu coretan yang seterusnya.
sampai jumpa lagi. 

coretan:
~niaaa.09~

Pertemuan tanpa diduga

Mula -mula rancang nak gi bersihkan rumah kat Taman Bahtera je tapi lain pula yang jadi masa hari kjadian tu,mungkin mak cik tu xde kat rumah,so terpaksalah tukar plan.Plannya nak bersihkan surau dalm UPSI je...Tapi,kami wat back up plan untuk bersihkan satu lagi surau di Kg.Mogah,Tg.Malim. Lebih-lbih lagi masa kami masuk , surau tu memang dah bersih so tak banyak sangatla keje nak kene wat.

Selesai je bersihkan bahagian dalam ngan luar surau tu,tibe-tibe ade sorang mak cik ni tanya  sama ada kitorang ni tukang cuci ke pelajar....hahahaha,mesti dia prhati je dari jauh kitorang bersihkan surau tu...hehehe,tapi mak cik tu memang sporting...panjang lebar dia bercerita pasal study anak-anak dia,dia bukan cite kosong je taw...banyak nasihat yang saya dan rakan-rakan dapat...lepas dia tahu kitorang kos PAKK,sempat juga dia bagi nasihat pasal jadi cikgu kanak-kanak ni...dia siap bezakan cikgu  PAKK dulu ngan sekarang,dia cakap cikgu tadika dulu-dulu x belajar tinggi-tinggi pun,semua gune idea sndiri untuk ngajar...hmmm,seronok dengar mak cik tu bercerita sampai lupe ade lagi keje nk wat...Pape pun ,terima kasih sgt2 kt mak cik tu sebab sudi bagi nasihat kepada kami,semoga kita dipertemukan lagi pada masa akan datang...In Sha Allah.



coretan
~beena~

Cerita 3

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepadaMU Ya Allah, kami menyembahMu Ya Allah, 
hanya kepadaMU kami mohon pertolongan..
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang kau kurniakan Nikmat kepada mereka
dan bukan jalan mereka yang dimurkai, 
dan bukan pula jalan mereka yang... Sesat..

-Makna Surah Al-Fatihah-


haa.. hai kawan" ^_^, sekarang admin nak sambung story yang tak habis hari tu.. ape?? lupe?? Alaa.. yang tajuk "Cerita 2" tuu.. sekarang dah ingat kan? good! kan hari tu ade 6 orang je yang bersihkan surau dekat kampus lama tuu.. nak tau sape tak lagi 2 orang yang takde tuu.. jeng-jeng-jeng..


Kamilaa orang nye.. hehe yang sebelah kiri tu owner kereta/pilot/ kaklong kawasan yang kanan tu co-pilot/kerja memerhati .. haha :D, tak sempat nak selfie dalam kete, huishh.. bahaya tau! lebih baik fokus kepada pemanduan supaya  pandu cermat jiwa selamat, berhati-hatilah dijalan raya dan ingatlah orang tersayang.. haha.. iklan pulak, ok back to the story.. mulenye plan asal kami nak bersihkan rumah makcik tepi jalan tuu.. tapi namun apa daya, kami dah bagi salam 3 kali tapi tak terbukak jugak pintu tuu..hailaa.. kami pun berangkatlah ke tempat perjumpaan dengan ahli lain iaitu di pintu timur.. kesian diorang dah lame tunggu.. biane/sorry guys! 

Lepastu, kami pun bersama-samalah laa berfikir cari tempat lain yang hendak dibersihkan, tup" dapatlaa idea nak bersihkan surau dekat kampus lama tuu.. kemudian mereka (6 orang)  berjalan kaki bersama-sama ke surau tersebut, budak berdua dalam gambar tu naiklah kereta sebab iyalah bak kate admin dalam cerita 2,  "idok ler mahu mengangkut penyapu, penyodok, baldi tu beria. hehe.." upss, Peace no war yow!

Maka, bermulalah kisah yang mereka bersihkan surau 6 orang tanpa kami berdua then jumpe makcik nie bercerita kisah perjalanan hidupnya dan hamboi seronok korang berselfie eak.. but is ok.. again, sorry and thank you guys.

Haa.. yang kami nie pulak cadang ye nak ikut gate utama, konon dekat laa sikit takyah nak pusing jauh".. tapi tah macam mana dalam kete dapat laa ilham/idea nak lawat kawasan perumahan dekat Taman Happy depan gate utama tuu.. Orang tua kate, ade jodoh tak kemana, Afgan pulak kate jodoh pasti bertemu.. haaa maka berjodohlah dan bertemulah kami dengan surau Kampung Mogah nie dekat je.. sebelah Taman Happy.. jalan depan lagi jumpe Domino.. Slurpp sedap berb! hehe..
nie haa alamatnye,


Ok.. dah jumpe surau nie. Then carilah pak imam, pak bilal, pak siak tapi sorang pon tak jumpe.. bz kot husnuzon.. cari punye cari jumpelah satu nombor nie.. kat kertas tu kate sebarang pertanyaan sila dial nombor yang ini.. maka kami pon menelefon, setelah menyatakan hasrat kami yang murni ini dan Alhamdulillah, Encik itu memberi keizinan dan memohon maaf sebab tidak dapat berjumpa dengan kami kerana dia sedang berada di luar kawasan.. tidak mengapa dan Terima Kasih banyak-banyak pihak Surau Kampung Mogah kerana memberikan keizinan kepada kami untuk membersihkan surau ini.
Berikut adalah gambar semasa kami membersihkan surau ini,







 Surau Kampung Mogah nie ade sejarah tau! 

Last but not least, ribuan terima kasih diucapkan kepada kaklong kawasan kerana bersusah payah mengangkut kami seramai 8 orang ulang alik dari PT ke Surau ini.. Jasamu dikenang, kepada ahli kumpulan, terima kasih kerana bersama menjayakan aktiviti kebajikan ini, sudi menyumbangkan tenaga dan barang" semoga kita usaha kita berbaloi dengan tiap titik peluh yang mengalir salah dan silap mohon dimaafkan. Inn Sha Allah Kepada Frau Ruby, terima kasih kerana memberi tugasan ini dimana kami berpeluang melakukan sumbang bakti dan dapat tambah pengalaman.
Terima Kasih Semua.. waaa Admin nak nangis :`)

JIKA ADA UMUR YANG PANJANG, SEMOGA ALLAH SWT PERTEMUKAN KITA LAGI.

Salam Sayang, Salam Kasih, Salam Kemaafan, Salam Rindu (Dd)


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah telah selesai buat amal dekat surau Kg Mogah, Tanjung Malim Sabtu aritu.  Sampai sana dalam pukul 10 pagi pastu buat la siket kerja2 tu.  Sampai surau tu ingat nak tolong basuh lantai tapi tak nyempat nak tolong sebab da ada yang tolong buat.  Jadi saya pun tolong la bersihkan bahagian dalam surau.  Lawak jugak rasa bersihkan karpet pakai penyapu sebab biasa bersihkan pakai Vacuum.  Buat kerja tu berpeluh-peluh sampai handphone tu kene letak tepi dinding.  Pastu tolong kemaskan rak-rak yang ada dalam surau.  Nak tergelak dan hairan pun ada bila jumpa buku Bahasa Inggeris dalam surau.  Alhamdulillah.  Rajin student study dalam surau...Boleh throwback zaman sekolah dulu-dulu lepak dalam surau sambil buat keja dan study ramai-ramai.  Rindu pulak nak masuk zaman sekolah lagi....Kenagan lamaaa...Pastu ambil gambar kat depan surau tu...Adoii..gelak je tengok aksi masing-masing nak ambil gambar..By the way, terima kasih kepada pihak pengurusan surau Kg Mogah sebab izinkan kami untuk bersihkan kawasan surau dan terima kasih juga pada semua kawan-kawan yang bersama-sama tolong bersihkan surau.  Semoga kita semua diberi kemudahan oleh Tuhan..Amin...InsyaAllah




Rak quran dan rak buku-buku agama yang dah dikemas....hehe

Tugasan berkumpulan untuk subjek Pendidikan Moral dan Sahsiah Kanak-Kanak


 Aktiviti Kebajikan kumpulan kami
 Pada pagi yang hening, dalam tercari-cari ke mana arah tuju kami setelah harapan untuk ke rumah mak cik yang keseorangan tidak kesampaian, rancang ke-2 ialah surah. dua surah yang kami pergi iaitu surau UPSI dan yang kedua surau Kampung Mogah yang berdekatan dengan pintu utama UPSI. Masing keliru nak g mane satu ni !!! ade yang dekat surau upsi ade yang dekat surau Kampung Mogah. Walau bagaimana pun, kami tangan dengan tenang walau pun kadang kala terdapat ketidak sefahaman. Berikut saya suntikan disini saat-saat kami berada di surau Kg. Mogah.

Sebelum kami melakukan aktivti kebajikan di surau ini, saya dan rakan telah meminta kebenaran daripada penjaga surah Kg. Mogah. beliau sangat mengalu-alukan kami. Walau bagaimana, beliau tidak boleh bersama kami kerana berada di luar kawasan.

Di sini lah kami mendapatkan nombor telefon beliau..

Nampak tak bersemangat nak menyapunye tu... ekspresi muka penting di situ.hehe, nampak bahagianya di situ...
 keadaan kawasan telekung wanita sebelum di kemas... wahhhh





 ruang mengambil wudhu', bersih tak? bersihkan..... dah siap mop lagi tu.. sape lah yang rajin tu ye.hmmm


Di atas adalah antara ruang-ruang di surau yang kami kemas..

NAK TENGOK YANG LAGI CERIA TAK...HAAAA... Kumpulan kami semuanye ceria2 orangnye tau... :) chia..chia..chia
Haa.. teruskan lagi dengan cerita kami.. semasa mengemas, membersih dan mencuci..macam-macam gelagat ade.


 nampak tak tu, siap boleh posing lagi tengan menyapu... didi in the mosque :)

 Ain syahira sedang membersihkan tingkap dengan teliti nye...


 cerianya kat situ Beena.. seronok main air lah tuuu...;)

 Cik Ziehan sedang menyapu ruang dalam surau.. alahai sopannye dye... control ayu tuuu...;)

 Haaa yang ni satu-satunye kumbang dalam kumpulan kami, syam... tekun menyapu kan!!! haaa boleh dah tu nnti tolong isteri kat rumah ye!!!

Yang ni nak buat ape tuuu.... dengan berus dye kat tangan, gayung air lagi.hmmm dah tentu bersihkan toilet... cantikkan toilet dye, warna PINK lagi... hehehe

okay lah , rasenye dah banyak dah ni post... jenuh nanti nak scroll,... yang lain mungkin ade nak tambah, saat2 begini jadikan poleroid

work hard, have fun and make history :)
Difficult roads often lead to beautiful destinations...<3

~Bicara yg indah saja~NH

ANTARA PENAT DAN PENGALAMAN

Assalamualaikum dan Selamat Petang

Mungkin cerita saya sekadar selingan sahaja..bukan secara menyeluruh ..bahkan bukan juga penutup.. Hatta sekadar memenuhi masa yang senggang dan untuk mengelakkan perut berasa lapar.
Untuk sekian kalinya sem 4 inilah sem yang paling mencabar bagi aku..mungkin bagi 7 rakanku yang lain juga. Mana tidaknya sem kali ini kami dipenuhi dengan pelbagai tugasan yang mencabar dengan kesuntukan masa lagi sambil tarik nafas panjang..perut kembang kempis..hidung turut mengikut jejak langkah si perut.. 
Paling tragis perut asyik lapar dan meminta makanan sahaja. Perut juga pandai demand. Itulah konklusi saya untuk insan bernama perut. 

Antara tugasan untuk sem ini ialah kami dikehendaki untuk menjalankan satu aktiviti kebajikan. Alhamdulillah kami berjaya melaksanakannya dengan jaya dan fatanah nya. Hari minggu yang tidak tercatit sebarang subjek di dalam jadual kami manfaatkannya dengan taqwa dan keredhaan dengan menyiapkan tugasan ini.
Walaupun pelbagai rancangan dan perbincangan yang dilakukan akhirnya aktivti kebajikan ini berjaya kami laksanakan di sebuah surau yang diberikan nama Surau Kg. Mogah. Sembang kencang akhirnya berlalu pergi. Buah yang aku berangan nak makan pun tak kesampaian jadinya..takpalah bukan rezeki.. tak dapat buah, KFC pula menjadi mangsanya..nipis purse aku hanya tuhan yang mengerti..hua hua hua..

Berbalik kepada aktiviti kebajikan, kami secara berkumpulan membersihkan surau tersebut. Masing-masing mengambil bahagian dan menjalankan tugas dengan baik sekali. Ada yang menyapu, ada yang memberus, mencuci, mengelap,, mengibas karpet, menyelpie,mengambil gambar dan merekod video malahan berboomerang pon ada..henfon aku la jadi mangsa..hihihi..
Sebenarnya, tugasan kali ini ada baiknya. Dapat juga kita semua menambah sikit apa yang perlu ditambah. In Sha Allah, Dia terima apa yang kita buat. Selain itu, aktiviti ini dapat menambah pengalaman kami semua. Bukan selalu buat aktiviti luar berbentuk kebajikan dan inilah masanya. Surau tu pun menanti kedatangan kita kan. Dari berhabuk dah tak berhabuk, dari hitam jadi putih, dari berpasir jadi bersih, dari tidak susun menjadi teratur. Haaaa.. terima kasih kepada geng geng semua. Terima kasih atas alatan dan diri yang dibawa. Minta maaf lah sekiranya ada kekurangan..

Akhir kalam, mustahil selepas tu kami tak penat. Semestinya kami penat..balik rumah je dah terlentang..gajah pun takut..moga bakal mak mertua saya tak baca blog ni.. kalau tak habislah saya..
Tapi penat yang dirasa untuk ibarat batu yang terlepas daripada bahu kami..maksudnya di sini tugasan kami dah selesai. Alhamdulillah..syukurku selalu kerana kau sempurnakanku...

Ingat, pengalaman tu guru sejati tau.
Penat tu suatu bakti kita pada orang lain.

terima kasih semua


Alone we can do so little, together we can do so much :)

sekian,wasalam
saya serahkan pada ahli kumpulan yang lain untuk menyedapkan lagi alkisah kami berlapan.

#BROtakdeHALbroTAKDEhal
                                  

nukilan: Nampak manis itu bukan dia
(bakalmenantumakawaklakut)



Dari lubuk hati

Sekadar perkongsian yang Inn Sha Allah bermanfaat untuk semua..
Tiada lagi panduan dalam hidup manusia melainkan Al-Quran dan Hadis.
This is the things that i always try to do to my friend, always remember this hadis always n  always.. Yes i admit it, hati mudah berubah-rubah, peratusan kasih sayang sering menaik dan menurun setiap hari, disebabkan satu perkara kita tekad untuk melupakan yang lain, saya pernah melalui semua itu, kita semua sama, setiap manusia mempunyai hati, cuma hati kita tidak sama kerana atas dasar kawalan manusia terhadap hatinya sendiri.. Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita simpan jauh di sudut dalam hati, lembutkan hati Inn Sha Allah tenang, hargai jasa dan sesiapa sahaja yang pernah datang dalam hidup kita walaupun sekejap kerana kehadiran mereka telah Allah tentukan dalam kisah hidup kita.. 
Terima kasih Zihan, Haziqah, Fatin, Hadirah, Ain Yaacob, Sabrina, Ain dan Hisham dan rakan-rakan yang membaca entry ini
Moga ukhuwah yang terbina walaupun sekejap tetap mendapat keredhan dari Illahi.
Maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan sama ada dari segi zahir ataupun batin Moga Allah sayang kita semua.

Uhibbukafillah.. Qawiy :)