Assalamualaikum dan Selamat Petang
Mungkin cerita saya sekadar selingan sahaja..bukan secara menyeluruh ..bahkan bukan juga penutup.. Hatta sekadar memenuhi masa yang senggang dan untuk mengelakkan perut berasa lapar.
Untuk sekian kalinya sem 4 inilah sem yang paling mencabar bagi aku..mungkin bagi 7 rakanku yang lain juga. Mana tidaknya sem kali ini kami dipenuhi dengan pelbagai tugasan yang mencabar dengan kesuntukan masa lagi sambil tarik nafas panjang..perut kembang kempis..hidung turut mengikut jejak langkah si perut..
Paling tragis perut asyik lapar dan meminta makanan sahaja. Perut juga pandai demand. Itulah konklusi saya untuk insan bernama perut.
Antara tugasan untuk sem ini ialah kami dikehendaki untuk menjalankan satu aktiviti kebajikan. Alhamdulillah kami berjaya melaksanakannya dengan jaya dan fatanah nya. Hari minggu yang tidak tercatit sebarang subjek di dalam jadual kami manfaatkannya dengan taqwa dan keredhaan dengan menyiapkan tugasan ini.
Walaupun pelbagai rancangan dan perbincangan yang dilakukan akhirnya aktivti kebajikan ini berjaya kami laksanakan di sebuah surau yang diberikan nama Surau Kg. Mogah. Sembang kencang akhirnya berlalu pergi. Buah yang aku berangan nak makan pun tak kesampaian jadinya..takpalah bukan rezeki.. tak dapat buah, KFC pula menjadi mangsanya..nipis purse aku hanya tuhan yang mengerti..hua hua hua..
Berbalik kepada aktiviti kebajikan, kami secara berkumpulan membersihkan surau tersebut. Masing-masing mengambil bahagian dan menjalankan tugas dengan baik sekali. Ada yang menyapu, ada yang memberus, mencuci, mengelap,, mengibas karpet, menyelpie,mengambil gambar dan merekod video malahan berboomerang pon ada..henfon aku la jadi mangsa..hihihi..
Sebenarnya, tugasan kali ini ada baiknya. Dapat juga kita semua menambah sikit apa yang perlu ditambah. In Sha Allah, Dia terima apa yang kita buat. Selain itu, aktiviti ini dapat menambah pengalaman kami semua. Bukan selalu buat aktiviti luar berbentuk kebajikan dan inilah masanya. Surau tu pun menanti kedatangan kita kan. Dari berhabuk dah tak berhabuk, dari hitam jadi putih, dari berpasir jadi bersih, dari tidak susun menjadi teratur. Haaaa.. terima kasih kepada geng geng semua. Terima kasih atas alatan dan diri yang dibawa. Minta maaf lah sekiranya ada kekurangan..
Akhir kalam, mustahil selepas tu kami tak penat. Semestinya kami penat..balik rumah je dah terlentang..gajah pun takut..moga bakal mak mertua saya tak baca blog ni.. kalau tak habislah saya..
Tapi penat yang dirasa untuk ibarat batu yang terlepas daripada bahu kami..maksudnya di sini tugasan kami dah selesai. Alhamdulillah..syukurku selalu kerana kau sempurnakanku...
Ingat, pengalaman tu guru sejati tau.
Penat tu suatu bakti kita pada orang lain.
terima kasih semua
Alone we can do so little, together we can do so much :)
sekian,wasalam
saya serahkan pada ahli kumpulan yang lain untuk menyedapkan lagi alkisah kami berlapan.
#BROtakdeHALbroTAKDEhal
nukilan: Nampak manis itu bukan dia
(bakalmenantumakawaklakut)






No comments:
Post a Comment