Thursday, 18 August 2016

Cerita 3

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepadaMU Ya Allah, kami menyembahMu Ya Allah, 
hanya kepadaMU kami mohon pertolongan..
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang kau kurniakan Nikmat kepada mereka
dan bukan jalan mereka yang dimurkai, 
dan bukan pula jalan mereka yang... Sesat..

-Makna Surah Al-Fatihah-


haa.. hai kawan" ^_^, sekarang admin nak sambung story yang tak habis hari tu.. ape?? lupe?? Alaa.. yang tajuk "Cerita 2" tuu.. sekarang dah ingat kan? good! kan hari tu ade 6 orang je yang bersihkan surau dekat kampus lama tuu.. nak tau sape tak lagi 2 orang yang takde tuu.. jeng-jeng-jeng..


Kamilaa orang nye.. hehe yang sebelah kiri tu owner kereta/pilot/ kaklong kawasan yang kanan tu co-pilot/kerja memerhati .. haha :D, tak sempat nak selfie dalam kete, huishh.. bahaya tau! lebih baik fokus kepada pemanduan supaya  pandu cermat jiwa selamat, berhati-hatilah dijalan raya dan ingatlah orang tersayang.. haha.. iklan pulak, ok back to the story.. mulenye plan asal kami nak bersihkan rumah makcik tepi jalan tuu.. tapi namun apa daya, kami dah bagi salam 3 kali tapi tak terbukak jugak pintu tuu..hailaa.. kami pun berangkatlah ke tempat perjumpaan dengan ahli lain iaitu di pintu timur.. kesian diorang dah lame tunggu.. biane/sorry guys! 

Lepastu, kami pun bersama-samalah laa berfikir cari tempat lain yang hendak dibersihkan, tup" dapatlaa idea nak bersihkan surau dekat kampus lama tuu.. kemudian mereka (6 orang)  berjalan kaki bersama-sama ke surau tersebut, budak berdua dalam gambar tu naiklah kereta sebab iyalah bak kate admin dalam cerita 2,  "idok ler mahu mengangkut penyapu, penyodok, baldi tu beria. hehe.." upss, Peace no war yow!

Maka, bermulalah kisah yang mereka bersihkan surau 6 orang tanpa kami berdua then jumpe makcik nie bercerita kisah perjalanan hidupnya dan hamboi seronok korang berselfie eak.. but is ok.. again, sorry and thank you guys.

Haa.. yang kami nie pulak cadang ye nak ikut gate utama, konon dekat laa sikit takyah nak pusing jauh".. tapi tah macam mana dalam kete dapat laa ilham/idea nak lawat kawasan perumahan dekat Taman Happy depan gate utama tuu.. Orang tua kate, ade jodoh tak kemana, Afgan pulak kate jodoh pasti bertemu.. haaa maka berjodohlah dan bertemulah kami dengan surau Kampung Mogah nie dekat je.. sebelah Taman Happy.. jalan depan lagi jumpe Domino.. Slurpp sedap berb! hehe..
nie haa alamatnye,


Ok.. dah jumpe surau nie. Then carilah pak imam, pak bilal, pak siak tapi sorang pon tak jumpe.. bz kot husnuzon.. cari punye cari jumpelah satu nombor nie.. kat kertas tu kate sebarang pertanyaan sila dial nombor yang ini.. maka kami pon menelefon, setelah menyatakan hasrat kami yang murni ini dan Alhamdulillah, Encik itu memberi keizinan dan memohon maaf sebab tidak dapat berjumpa dengan kami kerana dia sedang berada di luar kawasan.. tidak mengapa dan Terima Kasih banyak-banyak pihak Surau Kampung Mogah kerana memberikan keizinan kepada kami untuk membersihkan surau ini.
Berikut adalah gambar semasa kami membersihkan surau ini,







 Surau Kampung Mogah nie ade sejarah tau! 

Last but not least, ribuan terima kasih diucapkan kepada kaklong kawasan kerana bersusah payah mengangkut kami seramai 8 orang ulang alik dari PT ke Surau ini.. Jasamu dikenang, kepada ahli kumpulan, terima kasih kerana bersama menjayakan aktiviti kebajikan ini, sudi menyumbangkan tenaga dan barang" semoga kita usaha kita berbaloi dengan tiap titik peluh yang mengalir salah dan silap mohon dimaafkan. Inn Sha Allah Kepada Frau Ruby, terima kasih kerana memberi tugasan ini dimana kami berpeluang melakukan sumbang bakti dan dapat tambah pengalaman.
Terima Kasih Semua.. waaa Admin nak nangis :`)

JIKA ADA UMUR YANG PANJANG, SEMOGA ALLAH SWT PERTEMUKAN KITA LAGI.

Salam Sayang, Salam Kasih, Salam Kemaafan, Salam Rindu (Dd)


No comments:

Post a Comment