Thursday, 18 August 2016

Cerita 1

Assalammualaikum semua.

Mungkin saya boleh mulakan cerita ni.
Sejujurnya, perancangan pada akhir waktu tu kadang kalanya baik dan kadang kalanya kurang baik.
Tapi, bak kata 3 Idiots, "ALL IS WELL"!!

Cerita bermula pada pagi Sabtu yang sejuk dek hujan yang membasahi bumi Tanjung Malim.
Syukur masih ada hujan.
Dapat juga meredakan hati-hati setiap insan yang bergelora.
(okay, itu selingan)

Sebelum tibanya hari, kami ada berbincang ke mana tempat yang sesuai untuk kami jalankan aktiviti kebajikan itu.
Salah satu perancangannya ialah pergi ke sebuah rumah yang agak kurang baik keadaannya dari luar.
Mengikut pemerhatian kami ketika bas Kiffah melalui sepanjang jalan menuju ke Hulu Selangor, ada seorang makcik tua yang tinggal di rumah itu.
Dia kadang kala duduk di halaman rumahnya sambil termenung entah apa-apa.

Tapi, malangnya ketika kami sampai di pagi Sabtu itu, tiada siapa yang sudi menjawab salam kami.
Gril pintu rumahnya tidak berkunci.
Pandangan kami tertumpu lebih kepada beberapa longgok buah rambutan atau pulasan (entah, aku tak pasti).
Hmm, mungkin makcik tua tu fikir kami mahu meminta buah itu sebab itu dia tidak muncul walaupun salam telah diberi untuk keberapa kalinya. (hahaha gurau makcik, maaf. Mungkin makcik sedang tidur lena dibuai mimpi).

Lalu dengan kaki yang lemah longlai (cehh! sebab breakfast dengan satu bar chocolate dan air kosong sahaja), kami pun meninggalkan rumah itu dengan rasa hampanya. (hampa sebab tak dapat buat aktiviti kat situ atau hampa sebab tak dapat makan buah? #dihatiinihanyaTuhanyangtahu )

Ada sesiapa yang nak sambung?
Silakan.
Moga berjumpa di lain masa kerana azan Asar sudah berkumandang.
Salam manis

*quotes of the day*
"There are two types of pain in this world. Pain that hurts you. Pain that changes you."
                                                                       
     -si mawar merah-


No comments:

Post a Comment